Pengalaman ATV yang menyeronokkan
Assalamualaikum readers. Lama sis menyepi. Agak busy dgn segala macam hal.
Ok, hari ni sis nak share satu pengalaman menarik yang boleh dicuba untuk anda semua. Ni merupakan kali pertama naik ATV ni ye. Risau risau.
Tempat ni tak jauh pun. Di Kuala Lumpur sahaja. Nama tempat ATV adventure park Kuala Lumpur. Sangat berdekatan dengan zoo negara. Recommended datang masa hari biasa. Jadi tak sesak. Lagipun time COVID ni kita nak elak sesak kan.
Bayaran masuk pun mampu milik. RM105 seorang. Sis booking melalui whatsapp. Nombor tu ada pada laman web utama ATV adventure park. Pakej ni merangkumi perjalanan ATV sepanjang 2 km dan kita akan singgah di air terjun jugak. Masa tu boleh la nak rendam kaki atau mandi manda
Mula mula memang takut. Ye lah first time kan. Tapi guide kat situ baik sangat dan akan sentiasa ada dengan kita.. tour guide akan lead kita. Jadi dari takut jadi suka pulak. Memang seronok. Sangat mencabar. Adrenaline rush org kata.
Mula mula, tour guide akan memberi penerangan kepada kita mengenai kenderaan ATV ni. Cara nak start enjin, cara nak belok. Cara nak tekan enjin dan lain lain. Kita akan praktis dulu buat beberapa pusingan di sekitar tempat berkumpul dan dah okay baru kita masuk hutan.
Then, kita akan naik ATV sepanjang perjalanan. Memang mencabar . Dengan laluan tak rata, berlecak berlumpur, berbatu bata. Tu lah yang ekstrim tu. Kita akan pakai helmet sepanjang perjalanan.
Kemudahan pun okay. Ada bilik air untuk kita mandi lepas dah aktiviti lasak. Ada surau jugak. Cuma surau tu agak terdedah sikit la. Sebab outdoor kan.
Sis bagi 9/10 untuk kemudahan dan overall rate experience . Boleh la cuba aktiviti lain daripada yang lain ye readers.


Comments
Post a Comment