Pengalaman anak bersunat.
Hari ni anak pergi sunat . Punya la lama dah bertangguh sebab banyak urusan tak dapat dielakkan terutamanya PKP.
Jadi Puan purple decide nak sunat anak di Klinik Perubatan dan Pembedahan Khadijah yang terletak di Rawang. Bagi sesiapa yang duduk berdekatan Rawang dan Selayang, boleh la dapatkan perkhidmatan di klinik ini.
Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Harga untuk bersunat pun mampu milik. Hanya RM66 sahaja. Proses pun lancar je. Dalam 5 minit je dh Setel. Anak nangis kejap je. Lepas tu semua ok . Alhamdulillah
Menurut muftiwp.gov. my, perbuatan berkhatan dah dilakukan sejak zaman Rasullullah SAW lagi. Menurut mazhab al-Syafie, hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib mengikut pendapat yang masyhur dan seperti mana yang diputuskan oleh Imam al-Syafie.
Berkata Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi: “Dan wajib dipastikan tidak berlaku pencacatan oleh mereka yang mengendalikan urusan khatan anak perempuan mereka berdasarkan cara yang datang daripada hadis. Dan tidak boleh dilabelkan perbuatan khatan itu sebagai satu bentuk jenayah yang dilakukan dalam kurun ke 21, melainkan dalam kes-kes yang melanggar had-had yang disepakati dalam Syarak, iaitu al-isti’sal (pemotongan/pengembirian kemaluan), berlebihan dalam memotong, dan dikendalikan oleh orang-orang yang jahil daripada kalangan bidan dan selainnya, dan janganlah ubatan yang digunakan itu memandulkan.”[1]
Bagi perempuan disunatkan agar dinipiskan atau dikemaskan sahaja, dan jangan melampau-lampau dalam memotong seperti amalan female genital mutilation yang mana sehingga merosakkan dan mencacatkan klitoris dan membawa kepada mudarat.
Nota hujung:
[1] http://www.qaradawi.net/new/Articles-4379
[2] http://www.umatia.org/ftawa12.html
Nukilan
Sis purple
Comments
Post a Comment