Hentikan trend tak berguna seperti nasi paku
Baru baru ni, seorang kanak-kanak dibawa oleh keluarga ke kecemasan hospital kerana dikhuatiri tertelan paku. Kanak-kanak tersebut mengalami sakit perut dan menangis tidak henti.
Yang paling mengejutkan sekali, imbasan xray mendapati paku tersebut telah sampai ke bahagian perut.
Pembedahan kecemasan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan paku tersebut.
Ini adalah contoh kejadian yang tidak diingini akibat kehadiran bendasing di dalam makanan.
Untuk mencegah kejadian berisiko ini,
❌ Elakkan membeli makanaan yang di bungkus dan ditutup dengan menggunakan paku.
❌ Pengendali makanan disarankan untuk mengelakkan penggunaan paku pada bungkusan makanan.
❌ Jangan letak paku di kawasan tempat makanan seperti meja dapur atau tempat yang boleh dicapai dengan mudah oleh kanak-kanak.
Paku dianggap sebagai “food hazard” dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan.
Guna getah (atau kaedah mengikat lain) tidak mengubah rasa, resepi asal makanan. Jika ada menemui peniaga yang masih menggunakan paku untuk membungkus makanan, laporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.
Janganlah disebabkan trend melulu, demi viral demi content, kita pun jadi tak cerdik ya.. Paku tu bahaya untuk kita terutama sekali anak anak kecil.
Banyakkan guna akal fikiran kita. Jangan menyesal di kemudian hari ya.
Stay safe semua.
Sis purple
Comments
Post a Comment