Cara menjadikan kediaman lebih segar
Situasi pandemik menjadikan kita lebih banyak menghabiskan masa di dalam rumah. Oleh itu, ruang udara yang segar dan selesa amat penting untuk kesihatan.
Menghabiskan waktu yang panjang di dalam rumah perlu diimbangi dengan suasana nyaman dengan kualiti udara yang baik.
Sentiasa membersihkan rumah dan perabot dari habuk dan kotoran amat penting serta jangan lupa mensteril kawasan yang kerap disentuh.
Selain itu, anda juga boleh melakukan perkara berikut untuk mendapatkan udara segar di dalam kediaman.
1. Essential oil dan lilin aroma
Essential oil yang bersifat anti bakteria dapat membantu meningkatkan kualiti udara di rumah dan sekaligus memberikan suasana dan persekitaran. beraroma segar dan bersih.
Minyak esential (essential oil) atau lilin beraroma seperti lemon, pudina dan lavender adalah wangian yang boleh menghilangkan bau busuk hapak serta membangkitkan kesegaran di dalam ruangan rumah anda.
Minyak esential yang bersifat anti bakteria seperti minyak pohon teh dapat membantu meningkatkan kualiti udara di rumah dengan mengurangi bakteria di udara.
Malah, anda juga boleh menggunakan minyak esensial seperti eucalyptus, cengkih dan rosemary jika memiliki alahan atau mempunyai asma kerana aroma ini dipercayai baik untuk paru-paru atau sinus yang sensitif.
2. Tanaman dalam rumah
Tanaman hiasan seperti tanaman ular dapat membersihkan udara di dalam rumah dan meningkatkan kualiti udara di dalam rumah.
Sebagai contoh, tanaman ular atau lidah ibu mertua, diketahui mengurangi formaldehyde, toluene dan xylene di udara sekaligus memberikan udara yang segar di dalam rumah.
Sementara Chrysanthemum dapat membantu menyaring racun dari plastik dan sabun pencuci, termasuk amonia dan benzena.
Walaupun kemampuan pembersihan udara dari tanaman terbatas, namun, menempatkan tanaman hijau di dalam rumah akan menambahkan lagi warna segar dan berkarakter ke dalam dekorasi rumah anda.
3. Bersihkan haiwan peliharaan
Rajin-rajinlah bersihkan haiwan peliharaan anda.
Sebahagian besar haiwan peliharaan, secara alaminya akan meninggalkan kulit mati dan bulu mereka hampir di mana saja di dalam rumah. Oleh itu, pastikan kebersihan rumah sentiasa dititik beratkan.
Sentiasa bersihkan bulu yang melekat pada sofa dan karpet.
Jangan lupa untuk rajin memandikan atau menyikat haiwan kesayangan untuk meringankan gejala alahan kerana bulu mereka.
Anda juga boleh menggunakan pembersih vakum dengan penapis HEPA untuk menangkap partikel-partikel halus dan memastikan kebersihan yang lebih baik.
4. Gunakan pembersih udara
Pembersih udara bertindak sebagai penapis dan mengedarkan udara segar.
Penggunaan air purifier atau pembersih udara kini sering digunakan. Alat ini terdiri dari penapis dan kipas yang menyedut dan mengedarkan udara segar.
Alat air purifier bertindak menyedut udara kotor, menghilangkan partikel-partikel dari udara dan menetralkan zat-zat yang memberatkan.
Sementara minyak dan diffuser menambahkan partikel-partikel yang berbau harum ke udara.
Namun, alat ini hanya akan menghilangkan asap dan bau serta tidak dapat menjamin penyaringan 100 peratus malah, harganya juga mahal.
5. Biarkan udara segar masuk
Buka tingkap di awal pagi untuk membiarkan udara segar masuk ke dalam rumah.
Cara paling murah dan cepat adalah dengan membuka tingkap dan biarkan udara segar masuk ke dalam rumah.
Ia juga akan membolehkan lebih banyak oksigen mengalir ke dalam ruangan rumah anda.
Untuk mendapatkan udara yang lebih segar, buka tingkap pada waktu pagi hari.
Sharing is caring
Comments
Post a Comment