Cara mengatasi tekanan berlebihan

 Assalamualaikum readers ?


Apa khabar anda semua? Hari ni sis purple nak share 4 tips untuk mengelakkan diri kita dari stress yang berlebihan. 


1. Letakkan jangkaan realistik untuk setiap hari dan utamakan apa yang penting sahaja. 

- anda boleh senaraikan 2 matlamat yang perlu diselesaikan pada hari tersebut. Tak perlu banyak. Yang penting ada progres walaupun sedikit.  Pernah dengar ke pepatah sikit sikit lama lama jadi bukit. 


2.  Pastikan suasana persekitaran dalam keadaan segar dan tidak berbau busuk  

- persekitaran yang indah dan selesa boleh buatkan kita kurang tekanan dan pandangan jadi lebih lapang. 

- boleh juga selitkan bau bauan yang menenangkan seperti lavender, lemon dan bau semulajadi yang tidak terlalu kuat. 


3.  Lakukan pergerakan reganngan. pada badan anda. 

- anda boleh berjalan sekitar tempat kerja. 

- lakukan regangan sekerap mungkin jika anda merasakan tekanan pada badan anda. 


4.  Tuliskan perkara yang menyebabkan anda stress dan tekanan.

- cara ini membantu anda untuk melihat punca kepada tekanan tersebut dan kita akan cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut.

- perkara ini juga dapat membantu untuk mengurangkan kepala sesak dan berserabut. 


Insyaallah, kita cuba amalkan ya satu persatu. Dalam keadaan sekarang memang sangat mencabar kesihatan mental dan fizikal kita. 

Sumber gambar : Brighton.edu


Sis Purple


 


Comments