Caj transaksi RM1 berkuatkuasa mulai 1 Feb 2022
Caj transaksi pengeluaran RM1 menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan dikenakan semula kepada pelanggan berkuatkuasa mulai 1 Februari ini.
Beberapa bank termasuk Maybank, Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Bank, RHB Bank, Citibank dan HSBC telah memuat naik notis berkenaan di platform media sosial sejak Disember tahun lepas.
Dalam makluman di media sosial, Maybank telah menyatakan bahawa mulai 1 Februari, caj transaksi pengeluaran tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula.
Comments
Post a Comment