Apa Pengalaman Staycation 2 hari 1 malam Dorsett Kuala Lumpur
Assalamualaikum readers
Untuk tahun ni, sis dan husband decide untuk staycation dekat Kuala Lumpur sahaja. Dalam banyak banyak hotel, kami decide untuk pilih Dorsett Kuala lumpur.
Mcm biasa, kami booking menggunakan booking.com. Mudah dan senang sahaja. Pilih tarikh yang kami nak, bilik nak yang mcm mana dan biasanya kami jenis pilih breakfast included sebab senang. Tak de la pagi lapar lapar tak tahu nak makan mana. Hehe. Total 2 hari 1 malam RM268. berbaloi ya.
Lepas tu kami sampai la kat hotel. Check in pukul 3 pm. Sebab hotel ni betul betul tengah KL, jadi sesak dengan kereta dan traffic jam.
Sampai kat sana, kami park kereta kat hotel. Agak mahal jugak parking hotel sebab flat rate pun RM10 ye. Aduhai. Kalau dah 2 hari 1 malam pun, parking pun dah RM20. Bayar kat machine yang hanya terima duit RM10 . Jadi siap- siap lah duit tu ya.
Kami tinggal kat Dorsett residence. Tingkat 23A- 08. Bilik besar siap ada microwave dan mesin basuh. Ada bathtub dan balcony kecil nk bersantai. Agak selesa lah ya. Tapi tu lah katil Queen pulak. Pavillion memang dekat sangat ya. Jalan kaki pun boleh.
Siapa nak jalan KL dan nk jalan kaki je, sesuai la nak tinggal kat sini .
Esoknya , breakfast pulak. Disebabkan COVID ni , tak semua boleh makan sekali. Jadi ada 3 setting. Kami pilih setting ke 2. 8.30am sampai 9.30am. pilihan makanan biasa sahaja. Tak banyak sangat. Lagipun rasa kelam kabut sedikit sebab masa hanya sejam je. Mungkin Dorsett boleh baiki management sarapan.
Then , kami check out pukul 11 am dan balik rumah. Overall experience yang okay. Alhamdulillah
Comments
Post a Comment