Apa itu keratokonus

 Keratokonus  adalah penyakit mata yang disebabkan oleh kornea yang menipis secara berterusan.


Ini akan menyebabkan penglihatan yang kabur, kabur dekat, silau dan menyebabkan kehidupan yang tak selesa. 


Kebiasannya keratokonus melibatkan kedua belah mata dan pada tahap serius kita boleh nampak bahagian kornea tengah mata terbonjol keluar. 



Punca keratokonus masih tidak dapat dipastikan sehingga kini tetapi menurut kajian, keratokonus disebabkan oleh kehilangan kolagen pada kornea. 


Keratokonus boleh dirawat menggunakan cermin mata, kanta sentuh khas dan langkah terakhir adalah pembedahan pada mata seperti cross linking. Bagi sesiapa l yang ada keratokonus, tidak boleh melakukan Lasik kerana keadaan kornea akan jadi lebih teruk. Kaedah terakhir pada kornea adalah corneal transplant. 


Masih banyak kajian perlu dilakukan untuk merawat keratokonus. 


Stay safe Dan jaga mata anda


Sis Purple


Sumber: wolfeye.com







Comments