Apa 5 barang jangan letak dalam kereta

Assalamualaikum readers? Apa khabar semua. Sekarang ni musim sakit sakit kan. Jaga diri ye semua. Banyakkan minum air suam dan kurangkan keluar di tempat sesak ya. 


Ok readers, dalam kereta kita macam macam barang kita letak kan. Ibarat rumah kedua dah pulak. Tapi tahukah anda, apa barang yang kita tak boleh letak dalam kereta. Jom check it out? 

1) Ubat- ubatan 

- kalau suhu kereta melebihi 25 darjah Celsius bahaya ya.  Sebab ubat kita boleh rosak pada suhu ni.


2) Tin aerosol

- tin aerosol ni ada macam macam bahan kimia di dalam ya. 

- kalau letak dalam kereta boleh bocor  bahaya guys. 


3) ubat gegat/ racun  serangga

-suhu panas dalam kereta boleh mengeluarkan bau yang busuk dan tak menyenangkan.


4) Haiwan kesayangan

-keadaan panas dalam kereta boleh menyebabkan haiwan tidak selesa dan sesak nafas ya. Jangan la tinggalkan dalam kereta. Kesian kat oyen. 


5) Air botol

-Kimia dari botol plastik boleh menyebabkan air dalam botol  tercemar dan boleh jadi punca kepada kanser. Bahaya ya letak dalam kereta. Tak boleh minum air tu  


Itu sahaja. Semoga perkongsian ni dapat memberi banyak manfaat kepada anda semua. Take care semua. Jaga diri anda baik baik. 



Sumber gambar: motoqar.com

Kredit : tiktok james_alatin


Sharing is caring

Sis purple





Comments