Adakah penyerap kelembapan dan penyerap oksigen berbahaya pada makanan?
Pek dalam bungkusan makanan azimnya adalah penyerap kelembapan (dessicant) atau penyerap oksigen(oxygen absorber).
Dalam bungkusan produk makanan, fungsi bahan-bahan ini adalah untuk memastikan rasa dan tekstur makanan bertahan lebih lama.
Dessicant dan oxygen absorber ni, ada yang selamat digunakan bersama makanan, dan ada juga yang tidak selamat.
Namun, kita kena tahu bahawa yang selamat digunakan bersama makanan tu, tak semesti selamat dimakan.
Aik, macam mana tu?
Andaikan begini: Ada plastik yang selamat digunakan untuk bungkus makanan, tapi plastik tu kalau dimakan, boleh mendatangkan mudarat.
Begitu juga dessicants dan oxygen absorber ni. Ada yang selamat diletak dalam bungkusan makanan, tetapi jika dimakan, boleh memudaratkan.
Antara dessicant yang paling selamat adalah gel silika(silika gel). Ia tak beracun. Jika termakan sedikit, ia tak memudaratkan.
Dessicant dalam gambar tu, tertera O-Buster(jenama), Safe Lime Dessicant(bahan). Jika periksa laman web jenama itu, ia kata produknya diluluskan (USFDA) sebagai selamat untuk digunakan bersama makanan.
Pada pek dessicant, lazimnya ada label bertulis "DO NOT EAT" (serta bahasa lain) sebagai pemberitahuan atau peringatan.
Ibubapa disarankan agar perlu berhati-hati tebtang hal ini, dan beritahu anak-anak bahawa dessicants bukanlah makanan.
Jika anak-anak termakan, bawalah berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Sumber: Twitter Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Comments
Post a Comment