Kenali suami Heliza, Dato Sri Mahadi
Perunding kewangan yang cukup hebat Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman antara anak melayu yang telah mencapai kejayaan pada usia yang sangat muda. Beliau telah menerima banyak pengiktirafan seperti Top CEO Award 2004, Youngest Million Dollar Producer, Youngest Agency Manager (CIMB) dan yang terkini Anugerah The Jewels of Muslim World 2019.
Ok jom kita berkenalan dengan Dato’ Sri Mahadi. Beliau adalah pengasas Financial Genius Group (FGG) yang telah memulakan kerjaya sebagai perunding kewangan sejak berumur 21 tahun dan kini pada umur 37 tahun, beliau telah mencatat sejarah sebagai penerima termuda Anugerah The Jewels of Muslim World.
Sumber: website Lawrence Walter seminar
Seronok dengar perkongsian yang sangat positif dari Dato’ Sri Mahadi, tentang bagaimana beliau bermula, kenapa beliau bermula, bagaimana beliau menangani jatuh bangun sebuah perjuangan demi menuju kejayaan dan beliau menjadikan ibu beliau sebagai sumber inspirasi untuk berjaya. Bukan calang-calang personaliti popular dunia yang pernah menerima anugerah hebat ini. Antaranya adalah Dr. Mufti Ismail Menk, Ahli tinju dunia Muhamad Ali, Prince Al Waleed dari Arab Saudi dan ramai lagi.
Dato' Sri Mahadi merupakan speaker motivator yang sangat hebat dan bekerjasama dengan Dr Lawrence Walter. Memang hebat ya. Pernah ada kolaborasi dengan syarikat jenama besar ya seperti UMW, Christian Dior, Unilever, TNB, Great Eastern Life Assurance, SALCRA, Applied Material, Proton Edar, AIA Bhd, Compugates, Goodway, Okuan Otomobil, ASTRO, Amlife, Etiqa Insurance, CIMB, UITM
Memang hebat ye suami Heliza Helmi ni.. bukan calang calang orangnya.. Majlis pernikahan dijalankan secara ringkas sahaja di Masjid Tuanku Zainal Abidin Putrajaya dan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.
Sumber: utusan.com.mySelamat pengantin Baru untuk Heliza dan suami . Semoga berbahagia hingga syurga. Amin
#helizahelmi #perkahwinan
Sis Purple
Comments
Post a Comment