Cara book menggunakan apps Booking.com
Assalamualaikum dear readers
Musim hujung tahun ni ramai yang akan pergi travel bercuti kan. Ha, ni nak kongsi satu apps yang sangat memudahkan kita utk book tempat penginapan.
Memang ada banyak cara nak book tapi sis personally sangat suka menggunakan booking.com sebab senang dan pantas.
Booking.com ni dah diperkenalkan sejak 1996, iaitu 25 tahun yang lalu. Wah lama dah beroperasi ya. Jadi trusted ye.
Anda cuma perlu downloads apps booking.com. sign in dan dah boleh pakai apps ni . Mudah dan cepat . Boleh book tanpa pembayaran terlebih dahulu. Kena lihat hotel yang ada ciri ciri free cancellation.
Next step pilih destinasi, tarikh dan hotel bersesuaian dengan bajet anda. Nanti masa nak check in hotel, cuma inform dah book pada apps booking.com dan management hotel boleh terus cek maklumat kita .
Dalam booking.com, akan ada satu loyalty programme untuk pelanggan. Ada 3 level ya. Level satu hingga tiga. Sekarang sis purple dah level 2.
Kelebihan level 2 - dapat 10 hingga 15 peratus diskaun dan dapat sarapan percuma. Dan insyaAllah dapat bilik percuma upgrade jika ada.
Insyaallah setakat ni semua okay. Nk pergi luar negara pun sis book pakai booking.com. so apa tunggu lagi. Boleh la book tempat penginapan anda tanpa rasa risau.
Nukilan
Sis purple
Comments
Post a Comment