ASB 2021. Apa yang perlu anda tahu ?

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada Khamis mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (TK2021).


Ia merangkumi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.75 sen seunit, dengan pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion ini akan memanfaatkan 10.4 juta pemegang unit ASB.


Ini menjadikan jumlah pengagihan pendapatan terkumpul dan bonus ASB yang telah diagihkan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1990 adalah sebanyak RM168.5 bilion.


Peruntukan pelaburan antarabangsa ASB jugameningkat daripada 5.9 peratus pada 2020 kepada 8.2 peratus tahun ini. Ekuiti awam antarabangsa menyumbang sebanyak 30.7 peratus kepada pendapatan kasar pada 2021 berbanding 24.2 peratus tahun lepas.


Walaupun keadaan pandemik sangat tidak menentu, tetapi ASB mencatatkan prestasi positif.


Jumlah akaun ASB pula bertambah sebanyak hampir 200,000 kepada 10.4 juta, manakala unit dalam edaran meningkat sebanyak 7.4 bilion atau 4.3 peratus kepada 181.2 bilion unit.


Tarikh asb keluar dividen telah diumumkan pada 22 Disember 2021 dan tarikh akhir boleh keluarkan asb  adalah 22 Disember 2021. Ini kerana tarikh tutup akaun asb bermula pada 23 Disember 2021 hingga ditutup pada 2 Januari 2022.


Tarikh pengeluaran ASB adalah pada minggu pertama Januari 2022 iaitu 3 Januari 2022. Please take note ye semua. Boleh la share ilmu pada rakan rakan



Nukilan 

Sis purple







 




Comments