Apa yang perlu dilakukan selepas banjir?

Selepas banjir


Jangan bermain dengan air banjir. Ia mungkin telah tercemar dengan minyak, bahan kimia berbahaya atau limpahan air kumbahan. Perhatikan anak anak kecil dengan lebih kerap


Hati-hati di kawasan yang telah terkesan dengan air banjir. Struktur jalan raya mungkin telah lemah dan boleh terjadi runtuhan. 


Jauhkan diri anda daripada sebarang kabel yang terjuntai di dalam air atau terputus. Hubungi syarikat bekalan elektrik untuk tindakan lanjut


Pulang ke kediaman anda hanya setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa. Jangan berani redah air banjir kerana dikhuatiri air masih pada tahap bahaya.


Baiki semula tangki septik rumah anda untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan dan kerosakan berpanjangan


Bersihkan rumah anda dengan menggunakan air bersih dan bahan pencuci. Lumpur yang memasuki kediaman mungkin mengandungi sisa kumbahan dan bahan kimia berbahaya



Pakai kasut semasa memasuki bangunan 


Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap. Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh. Jauhkan diri anda dari siling dan plaster yang merekah kerana dikhuatiri akan jatuh tiba - tiba.


Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya seperti ular, kala jengking, lintah dan lain lain 


Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.


Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin kerana takut telah dimasuki kuman dan bakteria . Makanan tercemar boleh menyebabkan keracunan makanan yang serius.


Semoga mangsa banjir tabah menghadapi ujian ini. Semoga Allah menggantikan yang lebih baik untuk mereka. Sama sama kita berdoa untuk Malaysia. 


Sekian

Nukilan Cik purple


Comments