Apa itu rotavirus ?

 Rotavirus dinamakan kerana bentuknya yang kelihatan seperti roda. Rota bermaksud roda dalam bahasa Latin. apabila. Bentuk roda hanya dapat dilihat melalui mikroskop elektron.


Rotavirus adalah virus yang paling biasa menyebabkan cirit-birit dan muntah yang teruk yang boleh menyebabkan kehilangan cecair badan yang banyak di kalangan bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia.


Virus ini boleh mengakibatkan demam yang tinggi, cirit-birit dan juga kejang atau sakit perut yang berterusan. Selepas dijangkiti, jangkitan ini biasanya mengambil jangka masa dua hari sebelum timbul gejala kepada kanak-kanak terbabit.



Penyakit rotavirus amat mudah berjangkit dan hampir semua kanak-kanak dijangkiti sebelum atau pada usia 5 tahun. Di Malaysia, kira-kira 22% hingga 50% daripada kes cirit-birit di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan oleh rotavirus.


Rotavirus A ialah penyebab utama sakit di kalangan kanak kanak daripada 5 spesies.


Masalah utama virus ini boleh menyebabkan pesakit mendapat penyahidratan (kehilangan cecair atau bendalir badan) atau dehidrasi yang teruk dan menyebabkan komplikasi teruk seperti kegagalan buah pinggang.


Di Malaysia,jangkitan rotavirus adalah punca cirit-birit yang utama menyebabkan kanak-kanak memerlukan rawatan hospital dalam bentuk menerima rawatan transfusi (memasukkan) air melalui saluran darah(intravena).



Vaksinasi dalam bentuk cecair yang perlu diminum boleh di beri pada bayi seawal usia enam minggu . Terdapat dua jenis vaksin dalam pasaran iaitu pengambilan dua atau tiga dos.


 


Sumber:

www.majalahpama.my


Sumber : shuttercock.my


Cik Purple

 



Comments