Alif Syukri positif COVID tahap tiga

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang baru saja pulang bercuti daripada Turki bersama keluarganya telah didapati positif Covid-19 tahap tiga dan disahkan oleh doktor yang merawatnya. Jangkitan tahap tiga memberikan kesan kepada sistem pernafasan.


"Saya ditahan di wad untuk rawatan. Doakan saya cepat sembuh kerana saya dijangkiti Covid-19 tahap tiga membabitkan paru-paru saya. Maaf sekiranya pernah berkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat, maaf sekiranya pernah termakan sengaja atau tidak. 


"Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada Allah SWT. Rasa lega dah mohon maaf dekat semua, takut umur tak panjang," katanya.






Sumber : instagram @aliffsyukriterlajaklaris


Perkongsian Aliff berkenaan perkara ini di Instagram mendapat hampir 50,000 tanda suka dan lebih 3,000 komen daripada pengikutnya. 


Rata-ratanya mendoakan agar beliau segera sembuh. 


Aliff dan keluarga serta ibunya pergi bercuti ke Turki pada 15 Disember lalu dan pulang ke Malaysia, baru-baru ini. Manakala, isterinya Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid pula menjalani kuarantin di rumah. 


Marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga. Jaga diri dan jaga SOP ya.  


Sharing is caring


Nukilan

Sis Purple





Comments